Artikel Terkini :
.
Home » » Joging tidak bagus?

Joging tidak bagus?

Written By zabidi on Wednesday, 30 April 2014 | 00:08

Mereka yang malas berjoging mungkin boleh tersenyum membaca laporan ini. Kajian menunjukkan
mereka yang suka berjoging dan mereka yang langsung tidak bersenam, sama-sama mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding mereka yang melakukan senaman secara sederhana.
Walaupun ramai yang berpendapat senaman hanya membuang masa, namun kajian terkini membuktikan joging berlebihan sebenarnya juga tidak sihat.

Menerusi satu laporan yang di www.mirror.co.uk, mengatakan bahawa para saintis di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang panjang umur adalah dalam kalangan yang melakukan senaman secara sederhana.
Sederhana yang dimaksudkan ialah berlari dalam masa dua hingga tiga jam dalam seminggu.
Namun, dalam kajian yang sama turut mendapati bahawa mereka yang tidak bersenam langsung juga mempunyai jangka hayat yang pendek.
Para saintis juga masih belum pasti mengapa mereka yang gemar berjoging mempunyai jangka hayat pendek, namun berpendapat ini kerana mungkin mempunyai masalah berkaitan kesihatan jantung.
Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Kardiovaskular Lehigh Valley Health Network di Pennsylvania, AS, telah melakukan kajian tersebut ke atas 3,800 pelari.
Peserta yang terlibat terdiri daripada lelaki dan wanita yang mempunyai usia purata 46 tahun.
Hampir 70 peratus daripada peserta tersebut berkata, mereka berlari lebih dari 20 batu seminggu.
Para pengkaji turut menganalisis ubat-ubatan yang diambil peserta dan sama ada peserta mempunyai penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi atau mempunyai sejarah menghisap rokok.
Mereka turut mendapati bahawa tiada satu pun di antara faktor berikut yang boleh menjelaskan kenapa mereka yang kuat berjoging mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.
Dr. James O'Keefe, yang meneliti kajian tersebut mempercayai dapatan tersebut diperoleh akibat ‘kecederaan’ pada tubuh badan mereka yang gemar berlari.
Beliau turut mengambil kesempatan menasihatkan orang ramai yang gemar berjoging agar mengurangkan aktiviti tersebut secara perlahan-lahan dan berperingkat.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Persatuan Bekas Pelajar Al - Tahzib - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PERSATUAN BEKAS PELAJAR AL-TAHZIB