Oleh NAJJEEHA A HADI
Bendi, juga dikenali sebagai lady finger adalah salah satu
daripada sayur-sayuran sangat berkhasiat, biasanya dimakan ketika
buahnya berwarna hijau, lembut, dan belum matang.
Tumbuhan berbunga ini berasal dari keluarga Malvaceae (Mallows) dan dinamakan secara saintifik sebagai abelmoschus esculentus.
Tanaman
ini banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas lembap.
Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, rebus atau
goreng) dan dibuat jeruk.
Biji bendi boleh dibuat serbuk kopi sementara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi serat.
Buah bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein
dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B.
Bendi juga merupakan sejenis buah yang paling kaya dengan kandungan kalsium.
Sebenarnya
biji sayur bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik
bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daun sayur bendi
juga boleh dimakan sebagai sayur.
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah bendi telah dibuktikan melalui beberapa kajian saintifik.
Oleh itu, ramai pakar kesihatan mencadangkan pengambilan bendi bagi menyamankan sistem pencernaan di dalam badan kita.
Ini
kerana, bendi kaya dengan gentian yang membantu proses pencernaan di
dalam badan dengan membantu pergerakan usus dengan betul.
Seterusnya
ialah bendi dapat mencegah penyakit diabetes. Tanaman ini di kenali
untuk membantu dalam pencegahan penyakit kencing manis. Ianya kaya
dengan gentian yang membantu dalam pencegahan penyakit ini.
Oleh itu, amatlah disarankan agar pengambilan bendi di dalam pemakanan kita agar dari awal dapat mencegah penyakit ini.
Bendi
juga mempunyai kandungan vitamin B12 iaitu folates. Folates umumnya
diperlukan bagi wanita yang mengandung bagi menjaga kesihatan bayi.
Ini
kerana folates telah diyakini dapat mengurangkan kecacatan tiub neural
bayi yang baru dilahirkan. Jadi bendi amatlah disyorkan untuk wanita
dalam tempoh konsep pralahir atau mengandung.
Selain itu,
kandungan vitamin K di dalam bendi juga amat penting bagi tubuh kita.
Vitamin K merupakan komponen utama dalam proses pembekuan darah. Vitamin
K juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan tulang dalam badan
kita.
Penggunaan bendi, sama ada dalam bentuk mentah atau dimasak, boleh mengelakkan obesiti kepada tahap yang hebat.
Ini
kerana tidak ramai yang tahu bahawa obesiti tidak semestinya disebabkan
oleh pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tetapi juga
disebabkan oleh kekurangan nutrient dalam badan.
Bendi yang kaya dengan nutrien dapat mengekalkan keseimbangan zat di dalam badan kita hingga obesiti dapat dicegah.
Bagi
pesakit jantung dan pesakit yang mempunyai tekanan darah yang tinggi,
pengambilan bendi amatlah disarankan kerana sayuran buah ini dapat
memastikan penyerapan yang lebih rendah kolesterol sekali gus dapat
mencegah penyakit jantung dan penyakit yang berlaku disebabkan oleh
kolesterol dalam darah.
Kolesterol adalah kandungan utama dalam badan yang mencetuskan obesiti dan penyakit jantung.
Bendi
juga dikenalpasti dapat merawat pelbagai penyakit iaitu antaranya
termasuklah merawat asma, mencegah kanser kolon dan sembelit. Bendi
merupakan sayuran buah yang mudah didapati di mana sahaja.
Marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan memulakan pengambilan bendi ke dalam makanan seharian kita.
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Abelmoschus
Spesies: A. esculentus
Nama binomial: Abelmoschus esculentus
Penulis ialah pelajar Bachelor of Pharmacy, Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !