selama ini kami timba, kami selam, kami terokai malahan kami abadikan dalam dairi roda kehidupan kami .
Satu zaman yang pernah kami lalui, Membentuk peribadi kami, membentuk sahsiah diri, keutuhan , iltizam , serta jati diri yang unggul dalam memperjuangkan erti kata kehidupan, perjuangan, kegagalan, dan kejayaan.
Justeru itu, atas iltizam serta keazaman yang mendalam, kami yang
terdiri daripada, Zabidi Morad ,Mohamad Azlan serta Tarmizi Mokri, ingin
mengabdikan diri kami, memperhambakan diri kami, serta ingin
memperjuangankan, mengekal dan meningkatkan keunggulan Sekolah Agama
Rakyat Khususnya TAHZIB sebagai satu gedung ilmu yang mampu lahirkan
golongan ilmuan dalam pelbagai bidang. Keperitan tidak pernah meruntuhkan malahan menebalkan lagi usaha kami walaupun kami pernah ditertawakan, diherdik, tidak kurang juga yang menidakkan usaha kami. Itu bukan lah satu penghalang pada kami, Sebuah organisasi yang kuat serta utuh bukan lah satu kerja yang sekadar’ melepaskan batuk ditangga’ tetapi memerlukan satu organis yang betul berminat dan merwibawa.
Memandangkan aspek itu , kami telah menubuhkan
satu Jawatankuasa Bertindak bagi membuat pemantuan dan pandangan dari
perlbagai sudut, termasuklah daripada bekas pelajar sendiri dan para
pendidik Tahzib.Pulangan yang positif memberikan laluan kepada kami untuk meneruskan usaha kami, Proses pengumpulan maklumat ahli menjadi titik permulaan kami,
Walaupun masing-masing ‘kesibukan’ kesempatan yang ada digunakan untuk membincangkan aspek pengurusan, bagi melancarkan proses penubuhan ini.
Pada tanggal 28 Dis 1998 , buat kali pertamanya satu perjumpaan yang terdiri dari pada 45 orang
bekas pelajar tahzib diadakan di dewan sekolah Al-Tahzib. Satu permulaan yang agak membanggakan kami. Segala kepenatan, wang ringgit yang ‘ terkorban’ telah di’basuh’ dengan kegembiraan. Perbincangan dan perlantikkan telah diadakan dan beberapa usul turut diperdebatkan oleh ahli persatuan.
Dengan termeterainya permesyuarahan itu, maka kami secara rasminya mengumunkan, pada peringkat awalnya , penubuhan ini adalah diterima dan akan dilanksanakan seterusnya.
Kami juga berikrar akan meningkatkan lagi mutu pengurusan dan pengendalian bagi mejamin keberkesanannya dan ia berfungis sebagai mana yang dirancangkan.. InsyaAllah





Teruskan usaha anda semua ������
ReplyDelete