Ketika ramai muda-mudi meraikan hari kekasih, Valentine’s Day hari ini, IkramTeens dan Stand Up Flashmob menyeru rakyat Malaysia untuk meraikan cinta melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Menurut penganjur kempen "Say No To Valentine’s Day", Usaid bin Mohd Asmadi, IkramTeens tidak menghalang percintaaan.
Beliau berpendapat, bercinta itu biarlah selepas bernikah, bertepatan dengan tema kempen pada tahun ini, #LoveAfterMarriage.
Beliau turut menyarankan supaya dianjurkan acara yang bersesuaian dengan nilai-nilai Islam. Di atas dasar prihatin dengan masalah sosial yang semakin parah, seramai 100 orang anggota IkramTeens dan Stand Up Flashmob turun padang untuk mengadakan "flashmob" di KLCC untuk menyampaikan mesej impak negatif sambutan hari kekasih kepada warga kota.
Selain itu, sukarelawan juga mengedarkan "flyers" dan cenderamata di sekitar KLCC dan Bukit Bintang.
Kempen yang bermula pada waktu pagi ini berakhir kira-kira pada jam 4.30 petang.
IkramTeens ialah sebuah Kelab Remaja di bawah naungan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).
Gambar ihsan Ikram Misi
IkramTeens ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara
menyeluruh, memiliki ciri-ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui
bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan,
mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.




0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !