tanah air
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berkata mereka perlu memahami bagaimana panggilan suara dan data perayauan antarabangsa berfungsi serta tahu caj bagi perkhidmatan berkenaan menggunakan pelan mudah alih mereka.
"Ini penting oleh kerana pengguna
bertanggungjawab atas semua caj dikenakan semasa di luar negara oleh
kerana perkhidmatan ini tidak saja melibatkan pembekal perkhidmatan di
Malaysia tetapi juga rakan perayauan di negara yang mereka lawati," kata
CFM dalam satu kenyataan hari ini.
Mengenai
tip berhubung perayauan antarabangsa, CFM berkata jika pengguna hanya
mahu menerima panggilan dan SMS semasa di luar negara, mereka boleh
menutup terus data perayauan antarabangsa.
Pengguna
hendaklah juga menyahaktif 'Sambungan automatik ke rangkaian' dan
pastikan mereka sentiasa dihubungkan ke rakan perayauan pembekal
perkhidmatan bagi menikmati kadar utama ini.
"Jika
anda ingin terus berhubung hanya menggunakan Wifi, anda boleh memilih
menukar mod telefon pintar ke mod 'Airplane' atau 'Flight', dan gunakan
sepenuhnya WiFi awam yang boleh didapati," kata CFM.
Ia
berkata pilihan lebih murah ialah mendapatkan kad SIM Saudi dan memilih
pakej terbaik yang menepati kegunaan yang dirancang semasa di luar
negara.
Ia juga menasihatkan pengguna membuat salinan semua
maklumat kenalan dan data penting dalam telefon mereka, untuk kegunaan
jika mereka kehilangan telefon pintar mereka.
"Ia
turut menasihatkan pengguna sentiasa berbincang dengan pembekal
perkhidmatan tempatan sebelum melawat ke luar negara agar mereka tahu
dan faham sepenuhnya tentang semua caj yang dikenakan," ujar CFM.
- Bernama
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !