Artikel Terkini :
.
Home » » Rabun usia muda

Rabun usia muda

Written By zabidi on Tuesday, 29 April 2014 | 23:51

CERMIN mata sejak kebelakangan ini amat sinonim dengan remaja. Ada remaja berkaca mata
kerana masalah penglihatan dan ada juga yang sanggup menggunakan alat bantuan penglihatan itu demi gaya.
Apa yang pasti jumlah golongan muda yang mengalami masalah penglihatan atau rabun semakin hari semakin meningkat.
Antara faktor yang boleh dikaitkan kepada masalah tersebut adalah gaya hidup dan kurangnya kesedaran dalam penjagaan mata sejak dari kecil.

Justeru bagi mendapat gambaran lebih jelas, .com menemui beberapa pengguna cermin mata yang menghadapi masalah penglihatan,
Kebanyakan mereka menghadapai masalah rabun sama ada jauh atau pun dekat.
Berdasarkan fakta saintifik, rabun jauh berlaku apabila bebola mata lebih besar dan panjang berbanding normal.
Manakala, rabun dekat pula berpunca daripada proses pengerasan kapsul mata yang hilang keupayaan mengendur untuk menjadikan kanta mata lebih cembung, sekali gus mengurangkan kemampuan untuk melihat secara dekat.
Bagaimanapun, perlu difahami bahawa masalah rabun tidak ada kena mengena dengan penyakit katarak.
Selain itu, .com turut mendapatkan pandangan beberapa remaja yang menggunakan cermin mata demi gaya.
Biarpun terpaksa mengeluarkan sedikit wang, namun mereka gembira kerana imej yang diinginkan berjaya dibentuk hanya dengan memakai cermin mata. -
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Persatuan Bekas Pelajar Al - Tahzib - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PERSATUAN BEKAS PELAJAR AL-TAHZIB