Namakan apa sahaja sama ada makanan eksotik, hasil laut serta buah-buahan segar, pasti tidak mengecewakan pengunjung.
Semua itu menggamit kehadiran pengunjung ke kawasan luar bandar yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari ibu kota, Kuala Lumpur.
Kini, Sekinchan mempunyai satu lagi tempat menarik yang mampu dibanggakan iaitu Sekin Fisherman Village Hotel & Resort.
Nama resort itu diambil daripada nama pekan kecil, Sekinchan dan terletak di perkampungan nelayan yang kini menjadi salah satu produk pelancongan berdaya saing di kawasan tersebut.
Sekin Fisherman Village Hotel & Resort yang terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Sekinchan mula beroperasi sejak dua tahun lalu. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati perkhidmatan perhotelan yang terbaik dengan bayaran minimum.
Lokasi strategik yang terletak di pinggir pantai Redang sememangnya menjadi tarikan utama di daerah ini. Pengunjung turut berpeluang menikmati keindahan pantai yang mengasyikkan.
Hotel tersebut dimiliki usahawan muda tempatan iaitu Datuk Jamal Md. Yunos.
Beliau berkata, hotel yang dibina di tapak seluas lapan ekar itu turut menempatkan sebuah restoran ikan bakar terkenal iaitu Restoran Sekinchan Ikan Bakar.
Restoran ini membolehkan pengunjung menikmati makanan laut seperti ikan, udang dan sotong segar pada harga berpatutan," kata Jamal yang juga pemilik rangkaian restoran berkenaan kepada S2.
Menurut Jamal lagi, pengunjung turut dijanjikan dengan perkhidmatan sajian terbaik daripada 30 orang pekerja yang terlatih.
Kami akan memastikan pelanggan akan mendapat layanan yang baik.
Selain itu, kami juga memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih bilik yang menepati pilihan dan cita rasa mereka," katanya.
Hotel ini menawarkan 52 bilik berharga antara RM154 hingga RM576 semalam. Terdapat lapan jenis bilik yang sedia untuk ditempah iaitu bilik standard, superior, deluxe, superior deluxe, suite, family, family suite dan executive suite.
Jelasnya lagi, pihak resort juga ada menawarkan perkhidmatan sewa dewan untuk majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan,hari keluarga dan acara yang lain.
Terdapat juga beberapa bilik yang dijadikan bilik mesyuarat mahupun bilik seminar.
Selain itu, terdapat menara tinjau yang jarang ditemui di hotel serta resort lain. Di menara tinjau itu, para pengunjung dapat menyaksikan pemandangan jajaran sawah padi, jeti nelayan, lautan serta pekan Sekinchan.
Ternyata, pemandangan dari menara itu cukup indah terutamanya pada waktu senja dan malam.
Menara besi setinggi 24 meter itu menyajikan pemandangan laut Selat Melaka yang merupakan laluan kapal paling sibuk di dunia, di samping kehijauan sawah padi dan kedamaian perkampungan tradisional Melayu di situ," katanya
Di aras puncak menara itu, turut diletakkan tiga buah meja bulat dan beberapa buah kerusi untuk pengunjung melepaskan lelah setelah mendaki kira-kira 100 anak tangga. Sambil berehat, pengunjung akan dibuai dengan alunan serta tiupan angin dari Selat Melaka.
Walaupun pada waktu tengah hari dengan simbahan cahaya terik matahari, namun suhu di menara ini tetap dingin," katanya.
Di sini juga terdapat zoo mini dan kolam ikan di mana pengunjung boleh memberi ikan dan haiwan lain makan.
Beliau memberitahu, hotel itu sedang merancang untuk membina sebuah kolam renang dan taman tema air.
Kami bukan sahaja ingin menjadikan tempat ini sebagai lokasi percutian, bahkan hab kepada pelbagai aktiviti seperti perkhemahan,hari keluarga, permainan paintball dan karaoke," katanya.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !