KUALA LUMPUR - Selepas beraksi cemerlang dalam perlawanan ujian
pemilihan Piala Uber 2014
bermula dari Isnin hingga Rabu lalu, pemain
perseorangan wanita negara, Yang Li Lian berasa lebih yakin jika namanya
disenaraikan oleh pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk
beraksi di kejohanan tersebut.
Li Lian yang mencatat dua kemenangan dalam perlawanan pemilihan
mengakui dia sudah mula menunjukkan peningkatan dalam sesi latihan untuk
persiapan ke Piala Uber di bawah bimbingan jurulatih, Wong Tat Meng.
"Saya berpuas hati dari segi latihan tetapi jika hendak dibandingkan
keputusan pertandingan memang kurang berpuas hati," katanya yang
mengalahkan Lim Yin Fun 22-20, 21-18 dan pada hari kedua pula
menumpaskan pemain bebas, Sanatasah Saniru 21-10, 16-21, 21-10 sebelum
tewas 21-16, 19-21, 17-21 kepada Lim Chiew Sien.
Jelasnya, memang dia beraksi dalam banyak kejohanan tahun ini namun masih belum ada keputusan yang membanggakan.
Begitupun daripada segi pres-tasi permainan ia semakin meningkat.
"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran dalam mana-mana kejohanan
tahun ini termasuk Piala Uber, cuma beraksi buat kali kedua mungkin akan
memberi kelebihan kepada saya dari segi pengalaman.
"Dua tahun lalu saya beraksi sebagai perseorangan ketiga namun ia
hanya peringkat kelayakan sahaja," katanya yang turut menimba pengalaman
bermain di Sukan SEA 2013 Myanmar tahun lalu.
Dalam masa yang sama, Li Lian yang menduduki ranking 103 dunia
mengakui, ujian pemilihan ke Piala Uber bagi perseorangan wanita agak
kurang bermakna dan sedikit mengganggu latihannya.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !