Oleh LIZA HASAN
ALPHONES Gabriel Capone lebih popular digelar Al Capone
atau Scarface merupakan Gangster
Ketika itu poster wajah beliau terpampang di media massa dan semua
premis perniagaan bagi tawaran ganjaran kepada mana-mana individu yang
dapat menangkapnya dalam keadaan hidup atau mati.
Al Capone dilahirkan pada 17 Januari dan merupakan anak keempat dari
pasangan Gabriele dan Teresina Capone yang berasal dari selatan Itali
sebelum berhijrah ke ASpada 1893.
Di AS keluarga Capone menetap di 95 Navy Street dan ketika usianya
mencecah 11 tahun mereka sekali lagi berpindah ke 21 Garfield Place di
Park Slope, Brooklyn.
Selepas tamat persekolahan di Brooklyn, beliau bekerja di pusat
permainan bowling dan ketika itu jugalah beliau mengenali ketua kumpulan
samseng paling terkenal di AS, Giovanni Torrio Alias John yang lebih
terkenal dengan panggilan Papa Johnny Torrio atau The Fox.
Penglibatan awal dunia jenayah
Penglibatan jenayahnya bermula apabila dia menyertai kumpulan Five
Points Gang sebagai boncer di Coney Island Dance Hall and Saloon.
Sepanjang kerjaya itu beliau mengalami banyak kecederaan di muka hingga digelar Scarface.
Pada 30 Disember 1918, Al Capone bverkahwin dengan Mae Josephine
Coughlin seorang warga Ireland dan dikurniakan seorang cahaya mata
diberi nama Albert Francis Sonny Capone.
Kemudian sekitar 1921, Al Capone dan keluarganya berpindah ke Chicago
selepas dipelawa Giovanni Torrio dan dari situ dia berjinak dalam
jenayah penyeludupan.
Ketika itu, Giovanni memperoleh kekayaan selepas membunuh ketua
penjenayah terbesar Chicago, James Big Jim Colosimo sekali gus mengambil
alih jenayah peninggalan James.
Dalam kes pembunuhan itu, Giovanni terlepas dari hukuman selepas
kekurangan bukti dan menurut laporan akhbar Al Capone turut terlibat
dalam pembunuhan terbabit.
Pindah dari Chicago ke Illionis
Statistik jenayah paling tinggi di AS ketika itu adalah Chicago
menyebabkan Gebenor bandar itu meletak jawatan dan digantikan oleh
William Emmet Dever.
Ketika itu juga rakyat melakukan reformasi bagi mendesak kerajaan
menurunkan kadar jenayah dan memburu lambakan gangster. Keadaan itu
kurang disenangi Al Capone lalu mereka berpindah ke Cicero, Illinois.
Di sana, kumpulan Capone terpaksa bertarung dengan kumpulan Cicero
Myles O’Donnell dan William Klondike O’Donnell untuk mendapatkan kawasan
jajahan takhluk.
Capone akhirnya dapat menawan bandar itu 1924 hingga menyebabkan
kematian lebih 200 ahli kumpulan gangster yang selama ini berada di
Illinois.
Saint Valentine’s Day Massacre
Selepas bergabung dengan beberapa kumpulan gagster, Al Capone dikatakan
mendalangi kes pembunuhan beramai-ramai paling terkenal dalam dunia
jenayah pada abad 19, iaitu Saint Valentine’s Day Massacre.
Pada masa sama, serpihan kumpulan beliau turut melakukan pembunuhan di
Chicago, hingga menyebabkan tujuh anggota gangster Mafia Bugs Moran
dibunuh secara kejam.
Meskipun kejadian itu dikaitkan dengan Al Capne namun tiada seorang pun ahli kumpulan beliau didakwa oleh mahkamah.
Kegiatan Al Capone lumpuh apabila beliau ditangkap oleh ejen FBI, Eliot
Ness yang selama itu giat memburu dan menjejaki Al Capone. Tangkapan
dilakukan ketika Al Capone melakukan penyeludupan minuman keras di
sebuah bandar di Illionis.
Sejak dari itu, kumpulan pengamal undang-undang menyelar tindakan
mahkamah AS yang selama ini banyak membebaskan penjenayah selepas
didakwa ramai hakim menerima suapan dari kumpulan penjenayah berpengaruh
di negara itu.
AlCapon akhirnya dijatuhi hukuman penjara dan meninggal dunia ketika berusia 48 tahun.
Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai
sindiket penyeludupan dan melakukan pembunuhan pada era 1920-an dan
1930-an.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !