KETIKA berada di sekolah tinggi, Danny Bowman, 19, pernah menghabiskan
masa sehingga 10 jam untuk mengambil lebih 200 selfie semata-mata mahu
menarik perhatian rakan perempuannya.
Kegilaan remaja ini berselfie bermula seawal usia 15 tahun akhirnya
memakan diri hingga menyebabkannya terpaksa berhenti sekolah selain
kehilangan berat badan secara mendadak.
"Saya pernah tidak keluar dari rumah selama enam bulan hanya kerana
gagal mengambil gambar selfie yang sempurna. Saya menjadikan aktor
Leonardo Di Caprio sebagai idola dan ketaksuban itu hampir meragut nyawa
saya," katanya.
Bagaimanapun, Bowman kini semakin pulih selepas menjalani terapi untuk
merawat ketagihannya yang berpunca daripada masalah kecelaruan obsesif
kompulsif (OCD) dan dismorfia (kebimbangan melampau terhadap penampilan
diri sendiri).
Menurutnya, dia sudah tidak lagi mengambil selfie sejak lebih tujuh bulan lalu.
"Saya mula sedar untuk mencapai kesempurnaan adalah satu perkara mustahil," katanya yang dipetik DailyMail
Remaja tersebut kini terlibat dengan Fixers yang merupakan sebuah badan
amal bertujuan untuk membantu golongan remaja menyelesaikan masalah
dihadapi oleh mereka.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !