SEJAK dinobatkan sebagai juara X Factor Indonesia
tahun lalu, Fatin Shidqia Lubis atau mesra
Biarpun jadual nyanyiannya agak padat, akui Fatin dia tidak menganggap
ia sebagai satu tekanan atau beban kerana bidang nyanyian adalah perkara
yang menjadi minatnya sejak kecil.
"Sejak kecil saya memang suka menyanyi dan kerana itu jugalah saya
menyertai uji bakat X Factor. Malah walaupun jadual padat saya tidak
pernah rasa penat atau terbeban kerana ini adalah minat saya.
"Bahkan bila ada jemputan menyanyi, saya dapat duit dan ada kalanya
saya perlu keluar dari Jakarta. Jadi saya enjoy dengan kerjaya baharu
saya ini.
"Walaupun hidup saya sudah banyak berbeza kerana jika mahu keluar atau
bersama teman-teman perlu melihat jadual. Malah ke mana sahaja orang
akan mengenali saya, tetapi saya tidak ada masalah," katanya ketika
ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya, ‘Fatin For You’
bertempat di Hotel Aloft, KL Sentral, kelmarin.
disapa Fatin mendedahkan
banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupannya.
Pada majlis tersebut, Fatin juga buat pertama kali mengadakan showcase
di hadapan peminat-peminatnya di sini dengan mendendangkan lagu Memilih
Untuk Setia, Cahaya di Langit, Dia, Dia Dia serta sebuah lagu cover
Patah Seribu (nyanyian Shila Amzah).
“Maaf ya, saya sangat gementar. Ini pertama kali saya membuat
persembahan di sini. Jika saya sudah biasa dengan penonton- penonton
terbabit, maka perasaan berdebar itu tidak begitu ketara.
"Malah saya juga masih lagi belajar bagaimana untuk membiasakan diri
bila bertemu dengan orang baHAru," jelasnya mengenai masalah
kegugupannya itu.
Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri sebagai selebriti, menurut
gadis berusia 18 tahun ini, sementara menantikan peluang untuk
melanjutkan pelajaran, fokusnya kini mahu mengukuhkan namanya dalam
bidang nyanyian.
Fatin berkata, dia banyak meminta nasihat daripada mentornya, Datuk
Rossa dan kadang kala belum sempat dia meminta nasihat, Rossa sudah
menyarankan kepadanya terlebih dahulu.
"Teh Ocah (Rossa) banyak memberi kata-kata semangat dan pesanan buat
saya. Malah saya juga memang sudah lama meminatinya dan saya meminatinya
bukan kerana dia mentor saya. Dia banyak memberikan nasihat kepada saya
supaya menepati masa, tidak sombong serta banyak lagi.
"Malah, saya juga bersedia berdepan kontroversi. Bagi saya kalau
satu-satu dakwaan terhadap diri saya itu tidak benar, saya akan
pertahankan diri saya. Kalau ia memang benar, saya akan mengaku,"
katanya yang tidak lekang dengan senyuman.
Selain menjadikan Rossa sebagai idolanya, Fatin juga turut meminati
Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah dan Najwa Latiff kerana vokal mereka
yang begitu mantap.
Tergamam dicium peminat
Ditebak mengenai insiden dicium peminat dalam satu persembahannya tahun
lalu, Fatin berkata, kejadian itu tidak sedikit pun mematahkan
semangatnya untuk terus berkecimpung di dalam industri seni.
Ujar Fatin, dia sudah memaafkan peminat lelaki tersebut dan beranggapan peminat tersebut tidak sengaja berbuat sedemikian.
“Saya akui amat malu dan tergamam apabila dicium oleh peminat
berkenaan. Bagaimanapun selepas peristiwa itu mendapat perhatian,
peminat terbabit ada menghubungi saya menerusi Twitter dan memohon maaf.
"Walaupun pernah di cium, saya tidak pernah meminta kawalan ketat
setiap kali membuat persembahan dan tidak kisah untuk turun dan
bersalaman dengan peminat saya," katanya.
Kelebihan bertudung
Dalam pada itu, Fatin mengakui imejnya yang bertudung memberi sedikit
kelebihan buatnya apabila sering menjadi pilihan sekiranya ada
program-program Islamik atau majlis ketika di bulan Ramadan.
“Ya, berhijab juga memberi kelebihan kepada saya dari segi tawaran
menyanyi. Kalau untuk program-program Islamiah, selalu saya diundang
untuk menyanyi.
"Bahkan saya juga sering mendapat tajaan pakaian Islamik berjenama
Rabbani dan ia memudahkan saya untuk tampil sopan setiap kali membuat
persembahan," katanya yang turut mempunyai perunding imej di Indonesia.
Sementara itu, Fatin yang sedang dalam rangka promosi albumnya turut
memperkenalkan single keduanya yang bertajuk Dia Dia Dia. Single ini
merupakan single keduanya selepas Aku Memilih Setia.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !