Artikel Terkini :
.
Home » » Hidangan burger gaya Amerika

Hidangan burger gaya Amerika

Written By zabidi on Friday, 2 May 2014 | 06:21

Oleh SALWANI MD ZAIN

SEIRING peredaran zaman, cita rasa masyarakat juga turut berubah. Boleh dikatakan industri

Salah satu jenama burger terkemuka yang sedang mengukir nama dalam pasaran negara adalah Johnny Rockets. Johnny Rockets adalah restoran yang dihidupkan dengan suasana Amerika 50-an bersama hiasan dalaman retro bertemakan merah putih, jubin lantai bercorak kotak-kotak dan layanan menghiburkan pelayan memakai topi yang dipinkan pada rambut bersama senyuman lebar, Johnny Rockets sememangnya menampilkan layanan mesra Amerika yang asli.


Meraikan keunggulannya di Malaysia, sekali gus melancarkan cawangan baharu di Avenue K sebagai restoran kedua di negara ini, Johnny Rockets nyata mencuri tumpuan ramai.

Mendapat sambutan hangat sejak diperkenalkan pada Oktober 2013, rangkaian restoran itu mengotakan janji untuk berkongsi makanan lazat yang menjadi kegemaran rakyat Amerika sejak zaman dahulu.

Ditubuhkan pada 1986, Johnny Rockets Group, Inc menjalinkan kerjasama dengan AUM Hospitality Sdn Bhd (AUMH) untuk meluaskan jenamanya di negara ini.

“Kami tahu rakyat Malaysia menghargai pelbagai hidangan yang berbeza seperti pesatnya pertumbuhan industri ini menerusi pelbagai pilihan tempat makan dibangunkan ketika ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden Johnny Rockets Group Inc John Fuller.

Hidangan baharu dan berbeza

"Johnny Rockets memberi tambahan kepada pilihan tempat makan yang sedia ada kerana kami menawarkan sesuatu yang baharu dan berbeza.

"Menjadi satu-satunya rangkaian tempat makan hidangan Amerika kasual yang paling tulen di Malaysia, kami berbangga dapat menghidangkan makanan yang lazat dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak lapuk dek zaman,” katanya selepas pelancaran.

Restoran pertama yang dibuka pada Oktober 2013 di The Curve mencatat kejayaan membanggakan apabila kualiti daging burger buatan tangan dan minuman milkshake digoncang dengan tangan, mendapat sambutan hangat.

Selain menjadi tempat ideal untuk pelanggan dari setiap peringkat usia untuk menjamu selera dan berhibur, Johnny Rockets yakin burger 100 peratus daging atau ayam yang bersaiz besar daripada biasa diadun dengan perasa asli menjadi daya tarikan, sekali gus memuaskan pelanggan yang mengidamkan hidangan tulen Amerika.

"Kekal setia dengan slogan Burger Original, restoran itu masih mengekalkan warisan resipinya yang menjangkau usia 28 tahun. Ini sekali gus memberikan rasa berbeza kepada burgernya malah dapat berkongsi elemen terbaik dari sejarah hidangan Amerika selama satu kurun," katanya.

Kini dengan pembukaan cawangan  kedua, Johnny Rockets menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan terus membangunkan jenama ini menjadi pilihan makanan utama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Pengarah AUMH Tham Lih Chung, rangkaian restoran antarabangsa itu sentiasa berusaha untuk menyediakan pengalaman menjamu selera yang bersifat interaktif dan asli.

“Dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini, trend untuk mencuba burger gourmet terus meningkat. Resipi asal dari Johnny Rockets membuktikan pelanggan lebih sukakan keaslian yang sememangnya menjadi kebanggaan Johnny Rockets. AUMH mahu memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan,"katanya.

Makan sambil berhibur

Antara elemen menyeronokkan boleh dinikmati pelanggan sambil makan di sini adalah rutin persembahan tarian mengikut rentak lagu 50-an hingga 80-an dari Rocketeers (pelayan) setiap 30 minit.

Antara menu burger yang laris jualannya ialah houston, smokehouse single, cheddar single dan juga milkshake digoncang dengan tangan yang menggunakan aiskrim import berkualiti tinggi.

Setiap tahun, Johnny Rockets menghidangkan 17 juta burger, 8.3 juta susu kocak dan minuman bijirin, 8 juta paun kentang goreng, 2.1 juta pesanan gegelang bawang dan 815,000 gelen aiskrim. Statistik yang tinggi ini cukup untuk membuktikan keunggulan hidangan Johnny Rockets yang tiada tolok bandingannya.

Selain itu, jenama ini juga dalam perancangan menambah sebuah lagi restoran dengan cawangan paling besar di Sunway Pyramid.

"AUMH juga bakal membuka satu lagi cawangan Johnny Rockets di KLIA2. Sebagai hab perjalanan kepada pengembara serta pelancong cawangan KLIA2 dijangka memenuhi keperluan pasaran global yang lebih besar,"katanya.

Menampilkan konsep segar dan mempunyai sasaran spesifik untuk beri pengalaman luar biasa kepada pelanggan, pengunjung boleh bawa diri keluar daripada tekanan tugasan harian dengan menikmati persekitaran menghiburkan sambil menjamu selera di Johnny Rockets.
makanan dan minuman (F&B) di Malaysia sentiasa mendapat sambutan tinggi. Kredibiliti negara yang sering menyokong industri makanan dengan mengutamakan status halal, bersih dan terjamin merancakkan lagi industri ini berkembang pesat.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Persatuan Bekas Pelajar Al - Tahzib - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PERSATUAN BEKAS PELAJAR AL-TAHZIB