KUALA LUMPUR - Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370 di selatan Lautan
Hindi yang memasuki hari ke-56 diyakini berada
di landasan yang betul.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
berkata, beliau percaya operasi yang memasuki fasa baharu dengan memberi
tumpuan kawasan dasar laut lambat laun akan menemui pesawat berkenaan.
''Saya yakin kita berada di landasan yang betul tetapi bakal berdepan cabaran besar.
''Dengan lebih ramai rakan turut serta selain pakar-pakar yang
memastikan kita fokus kepada tugas tersebut, saya yakin lambat laun kita
akan menemui pesawat MH370,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama
Ketua Penyelaras Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston
dan Penasihat Khas kepada Biro Penyiasatan Penerbangan Perancis, Jean
Paul Troadec di sebuah hotel di sini hari ini.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !