BUKIT MERTAJAM Operasi van pelancong haram yang dijalankan di
Bukit Kayu Hitam di Kedah,
akan diperluas ke semua pintu sempadan
Malaysia-Thailand, mulai minggu depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail
Ahmad berkata, operasi itu antara langkah memastikan kegiatan pengusaha
kenderaan pelancong tanpa permit tidak berleluasa.
"Kami banyak menerima aduan mengenai kegiatan kenderaan penumpang
terutama van yang aktif membawa pelancong dari negara jiran itu jauh ke
negara ini sedangkan mereka tidak mempunyai permit.
"Kami akan tempatkan pasukan penguat kuasa di setiap pintu sempadan
Malaysia-Thailand iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis serta
di Perak dan Kelantan secara tetap untuk memantau kegiatan itu," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Hari JPJ di Politeknik Seberang
Perai, di sini hari ini. - BERNAMA
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !