Beliau berkata penglibatan dan prestasi yang cemerlang dalam sukan itu perlu ditunjukkan oleh Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM) untuk menjadikan sukan itu popular dalam kalangan rakyat negara ini.
"Kita ingin melihat sukan itu berjaya menjadi sukan arus perdana, memandangkan usaha-usaha dijalankan oleh persatuan berkenaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Forum Belia dan Sukan sempena Kejohanan Persekutuan Antarabangsa Muay Thai Amatur (IFMA) 2014 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi hari ini.
Seramai 1,200 peserta dari 120 negara mengambil bahagian pada kejohanan 10 hari bermula hari ini, yang mempertandingkan 148 kategori.
Katanya PMM perlu menunjukan komitmen yang tinggi untuk memastikan sukan itu berkembang maju seiring dengan sukan-sukan lain.
Khairy berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu dan berharap penglibatan dan pencapaian dalam sukan itu dapat ditingkatkan.
Sementara itu, beliau berkata kementeriannya akan menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bersukan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pulau peranginan itu.
Katanya pihaknya akan memilih satu lagi acara sukan untuk dipertandingkan di Langkawi selepas Muay Thai.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebut acara sukan yang akan dipertandingkan di Langkawi itu kerana masih dalam perbincangan.
Kejohanan IFMA 2014 dianjurkan bersama oleh IFMA, PMM, Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), KBS, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Penerbangan Malaysia (MAS). - Bernama
menjadikan sukan itu sebagai sukan teras, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !