TROUT RIVER, Newfoundland - Bangkai seekor ikan paus biru
seberat 60 tan yang terdampar di
pantai sebuah pekan kecil di Kanada
mencemaskan penduduk sekitar yang bimbang ikan itu akan 'meletup'.
Kerani Majlis Perbandaran itu, Emily Butler berkata, bangkai ikan
paus biru itu di hanyutkan ke pantai pekan Trout River, yang terletak di
barat Newfoundland dan telah mengeluarkan bau busuk yang dapat dihidu
hampir keseluruhan penduduk pekan itu.
Katanya, penduduk bimbang gas metana hasil reputan bangkai itu akan
menyebabkan ia meletup. Bangkai itu merupakan salah satu daripada tiga
bangkai ikan paus yang ditemui di persisiran pantai barat Newfoundland. -
Agensi
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !