MAHASISWA adalah golongan pencetus kepada satu revolusi kepimpinan negara pada masa depan.
Golongan intelektual ini memainkan peranan penting dalam membawa pembaharuan berteraskan matlamat membina sebuah negara yang bertamadun tinggi dan mempunyai sahsiah serta akhlak yang terpuji. Matlamat ini akan tercapai sekiranya masyarakat, lebih-lebih lagi golongan mahasiswa dapat mewujudkan satu budaya ilmu yang terpimpin di Malaysia.
Berdasarkan pendapat ilmuwan, Pensyarah
Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti
Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud, budaya ilmu
bermaksud mewujudkan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat
melibatkan diri, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dalam
kegiatan keilmuwan dalam setiap kesempatan.
Budaya ilmu juga merujuk kepada mewujudkan satu keadaan yang segala tindakan manusia baik di tahap individu apatah lagi di peringkat masyarakat, diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahupun syura (mesyuarat). Dalam budaya ini ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat.
Tahap pembacaan yang luas dan menyeluruh adalah kayu ukur atau indikator betapa budaya ilmu telah berjaya dilaksanakan atau masih di dalam proses pelaksanaan dalam kalangan mahasiswa. Tahap penguasaan ilmu yang tinggi juga satu batu loncatan ke arah kesedaran keilmuan dan tradisi idealisme yang menuju ke arah yang lebih tinggi.
Pun begitu, dalam situasi hari ini barisan mahasiswa begitu ketinggalan dari segi peratusan pembacaan selama berada di alam pengajian. Ini begitu membimbangkan. Hal ini memperlihatkan jati diri budaya keilmuan yang begitu rendah dalam kalangan mahasiswa. Apatah lagi, jika dibandingkan dengan negara-negara yang dilihat tidak setanding dari segi kemajuannya dengan Malaysia.
Seorang yang bergelar mahasiswa perlulah lebih aktif dan progresif dalam aspek pembudayaan ilmu ini keseluruhannya. Manakan tidak, menyandang gelaran ini membawa seakan sebuah kebanggaan buat diri seorang mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa adalah gabungan dua kata, maha dan siswa. Jika diteliti, ‘maha’ membawa impak ketinggian, kebesaran, dan keagungan kepada kata siswa yang terletak sesudahnya. Siswa sendiri pula adalah pelajar. Maka pasti ada beza sifat Tuhan yang pengampun, dengan Tuhan yang Maha Pengampun. Oleh itu, seorang mahasiswa semestinya mempunyai nilai tambah yang membezakannya dengan seorang pelajar biasa. Membezakan mahasiswa universiti dengan pelajar sekolah.
Sebagai kelompok yang hidup di sebuah institut intelektual, mahasiswa dilihat kurang berjaya menonjolkan keilmuan dalam kehidupan domestiknya yang mereka gelar campus life. Faktanya, ramai mahasiswa lebih mesra dengan hiburan berbanding bersungguh-sungguh mencintai keilmuan. Bukti, lebih ramai yang memilih gajet sebagai teman rapat pendamping hidup seharian berbanding buku.
Ramai yang maklum tentang penyakit malas membaca yang menular dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan mahasiswa sendiri. Seharusnya, kelompok maha pelajar yang dikelilingi kegiatan keilmuan dalam gedung ilmu menjadi penimbang tara menampung sifat kemalasan menghadap buku yang dihidapi masyarakat. Akan tetapi yang menyakitkan apabila mereka sendiri menjadi penyumbang kepada kesedihan kerana turut sama terjebak sekali.
Mahasiswa alaf baru kini semakin kurang dengan kegiatan keilmuan. Universiti tampaknya menghasilkan ramai graduan yang rapuh dari wacana dialog. Perbincangan dan perbahasan ilmiah sukar dilihat sebagai kebudayaan mahasiswa. Kalau ada pun, hanya sedikit dan lebih banyak yang cuma bertumpu kepada pembelajaran yang diajarkan di dalam kuliah. Jarang sekali membincangkan isu-isu di luar kebiasaan yang mengangkat keilmuan tanpa menilai skop dan bidang sekaligus menaikkan nilai kemahasiswaan mereka sendiri.
Amat menyedihkan apabila terdapat mahasiswa robot yang hanya hadir ke kuliah dengan kosong dan balik juga dengan kekosongan. Kehidupan mereka ranggi, melayan norma dan dogma ‘darah muda’ yang mencintai hiburan dan keseronokan. Bila semakin dekat dengan tarikh peperiksaan, barulah bersungguh-sungguh menghadamkan apa yang diajarkan sebelumnya. Boleh dilihat juga mahasiswa tidak minat dengan pembudayaan kelimuan. Mereka asyik dalam dunia sendiri bermatlamatkan segulung ijazah setelah bergraduasi dan kerja yang boleh menampung hidup setelah itu.
Maka seterusnya menjadi sebahagian daripada masyarakat dan bakal berputar lagi kitaran ini pada generasi seterusnya. Mahasiswa sepatutnya menjadi anggota masyarakat yang berada pada kelas elit kerana kelebihan yang ada pada mereka. Dengan identiti mahasiswa juga mereka sekali gus mempunyai tanggungjawab intelektual, sosial dan moral.
Peranan mahasiswa seperti ini pasti akan lebih subur berkembang pada hari ini dan dihormati massa sekiranya wujud pembudayaan ilmu dalam kalangan mahasiswa bagi mendapatkan serta menghayati ilmu dalam menggerakkan perubahan masyarakat. Dalam kata mudah, pembudayaan ilmu akan melahirkan mahasiswa yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
Budaya ilmu adalah satu dimensi yang penting bagi mencerminkan tahap keintelektualan seorang mahasiswa. Kepentingan membudayakan ilmu ini dapat digambarkan dengan sejauh mana tahap pembacaan mahasiswa tersebut bagi memperkayakan kepelbagaian ilmu yang ada di dalam diri mereka.
Sehubungan itu, mahasiswa serta pihak universiti harus menyediakan satu suasana yang membudayakan ilmu di kampus dengan menggalakkan pembacaan dalam kalangan pelajar serta menghargai kepentingan membaca demi menajamkan lagi kemahiran kognitif mahasiswa dalam memberikan idea dan membuat keputusan yang konkrit dalam kehidupan seharian dan kepimpinan masa akan datang.
PENULIS ialah Bendahari Agung, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !