Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pada April lalu, pihak kementerian berjaya menya­tukan kira-kira 3,000 guru ‘berduka lara’ dengan pasangan masing-masing sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, permohonan pertukaran itu dibuat berdasarkan tiga faktor utama iaitu situasi berjauhan dengan suami atau isteri, tempoh mengajar di sesebuah sekolah terlalu lama dan faktor kesihatan iaitu mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan rawatan di kawasan tertentu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen Batu yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sentul, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, Fauziah Buang dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani.

Dalam majlis tersebut, Mahdzir turut mengadakan sesi dialog bersama guru-guru di Parlimen ber­kenaan dan menyampai Anugerah Tokoh Guru.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, ada dua lagi fasa pertukaran guru ‘berduka lara’ pada bulan September dan Januari depan dalam usaha kementerian untuk mengharmonikan sistem perguruan di sekolah.