HARI GURU 2016 bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa disambut seluruh negara sebagai tanda penghargaan atas jasa-jasa guru yang bukan sedikit terhadap masyarakat terutamanya generasi muda. Tema yang dipilih ini mencakupi ruang lingkup yang luas terutama berkaitan dengan pembangunan negara kita yang dihuni oleh penduduk berbilang bangsa, agama dan budaya.
Apa-apa pun, tugas guru tidak lari dari
landasan sebenar iaitu memberi ilmu dan didikan sahsiah agar anak-anak
muda mempunyai perisai yang teguh untuk mendepani pelbagai situasi dan
cabaran selepas mereka meninggalkan alam persekolahan.
Dalam zaman yang serba mencabar ini, tugas guru bukanlah semudah yang disangka. Bukan sekadar pergi pagi pulang tengah hari atau pergi tengah hari pulang petang. Bukan juga hanya mengajar di dalam kelas.
Sebaliknya tugas guru sekarang semakin berat dan mencabar.
Ada guru yang terpaksa bersengkang mata sehingga lewat malam untuk melangsaikan pelbagai tugasan yang dibawa balik dari sekolah, yang sudah tentu mengganggu urusan rumah tangga dan mengurangkan masa rehat mereka.
Dalam abad ke-21, cabaran golongan ini semakin hebat kerana mereka mestilah dilengkapi dengan pengetahuan terkini khususnya perlu celik ICT (teknologi maklumat dan komunikasi).
Kelemahan menguasai kemajuan ICT akan menyebabkan mereka gagal menjalankan tanggungjawab secepat yang dikehendaki, tidak mampu menyiapkan tugasan dan terkial-kial berbanding guru-guru yang mahir atau berkebolehan menguasai ICT.
Ketidakseimbangan dari segi kebolehan ini menyebabkan ada sesetengah guru yang berasa rendah diri.
Lebih mencabar, guru-guru terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah disiplin di sekolah. Pelajar sekolah zaman ini mudah terpengaruh dengan pelbagai gejala negatif di luar. Maka tidak hairanlah gejala buli, samseng, pergaduhan dan ponteng masih menjadi isu yang sukar hendak diselesaikan.
Hal ini menyebabkan bebanan guru semakin meningkat kerana di samping mengajar, mereka diheret sama menangani kes-kes yang sepatutnya tidak berlaku di sekolah. Oleh itu, tugas guru pada zaman moden ini semakin rumit kerana pelbagai masalah masih membelenggu dunia persekolahan.
Dalam pada itu, masih ramai yang melihat guru adalah insan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan pelajar iaitu memperoleh pangkat A dalam peperiksaan. Kebanyakan ibu bapa kini mengukur kejayaan anak-anak mereka dengan berapa pangkat A yang diperoleh dalam subjek-subjek yang diduduki untuk peperiksaan.
Agak malang kerana tidak ramai yang mengukur kejayaan anak-anak dengan akhlak dan nilai-nilai murni yang menjadi amalan.
Malah, ada ibu bapa yang membelakangkan aktiviti kokurikulum anak-anak semata-mata mahu mereka mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Ada ibu bapa yang menyalahkan guru jika anak-anak mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan.
Di sinilah letaknya tanggungjawab guru supaya membentuk akhlak mulia pelajar agar dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Asas kukuh pembentukan akhlak anak-anak muda bukan hanya dari rumah tetapi juga di sekolah kerana setiap subjek mempunyai nilai murni tersendiri, cuma yang penting, menggali dan menterjemahkannya ke dalam bentuk yang lebih jelas.
Yang pasti, selagi seseorang itu bergelar guru, dia tetap memikul tanggungjawab yang sangat murni demi masa depan sebuah negara yang dicintai.
Selamat Hari Guru!

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !