Perintah reman dikeluarkan Majistret, Nasrul Hadi Abdul Ghani selepas permohanan dikemukakan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun serta didenda, jika sabit kesalahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC
Gan Tian Kee mengesahkan anggota berumur 32 tahun itu menyertai Polis
Diraja Malaysia pada 2003.
Semalam, Ketua Polis
Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi mengesahkan penahanan seorang
anggotanya yang bertugas di Balai Polis Lenggong, selepas seorang guru
mendakwa patah tangan kiri ketika ditahan suspek dan seorang rakannya
kira-kira jam 7.15 malam 30 Ogos lalu
Tangkapan
ke atas guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong
itu menjadi viral di media sosial Facebook sejak semalam.
Guru
lelaki itu yang juga bekas wartawan Sinar Harian Kota Bharu, Kelantan
mendakwa patah tangan kiri akibat dipulas dua anggota polis berpakaian
biasa yang cuba menangkapnya kerana salah faham.
Ketika
kejadian, guru terbabit yang baru pulang daripada kelas tambahan untuk
persediaan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) melarikan
diri apabila ternampak dua lelaki bertopi keledar kerana menyangka
mereka penjahat.
Guru itu kemudiannya digari dan dibawa ke Balai Polis Lenggong. Ujian air kencing mendapati mangsa negatif dadah.
Sementara
itu, sumber berkata, guru terbabit kini berada di kampungnya, di
Kelantan untuk menjalani rawatan tradisional bagi memulihkan tangannya
yang patah.
Mangsa yang diberi cuti rehat tiga minggu turut mendapat khidmat kaunseling akibat trauma dengan kejadian itu.
“Setiap
kali dengar bunyi ekzos motor, mangsa jadi takut kerana masih
terbayangkan kes beliau ditangkap,” kata sumber itu kepada Bernama.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !