Artikel Terkini :
.
Home » » Guru ditegur kongsi hasil 'melucukan' pelajar di laman sosial

Guru ditegur kongsi hasil 'melucukan' pelajar di laman sosial

Written By zabidi on Friday 19 August 2016 | 18:59

Guru diingatkan supaya tidak berkongsi atau memuat naik hasil kerja pelajar yang dianggap melucukan ke laman sosial kerana ia melanggar etika perguruan, kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin.

Beliau berkata guru perlu menjaga privasi pelajar serta tidak boleh menjatuhkan maruah dan moral pelajar.

"Kebelakangan ini kita sering melihat hasil kerja pelajar dikongsi sebagai bahan melucukan dan diviralkan dalam laman sosial.

"Namun begitu tanpa disedari, sebenarnya guru telah melanggar etika dan privasi hasil kerja anak murid untuk dijadikan bahan lawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis temu mesra guru-guru Tahun Enam daerah Hilir Perak 2016 di Bagan Datoh semalam.

Sebanyak 687 guru dari 114 sekolah seluruh daerah Hilir Perak diraikan pada majlis itu atas jasa mereka dalam membantu pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pendidikan akan mencari mekanisme terbaik bagi mencegah perkara itu.

- Bernama
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Persatuan Bekas Pelajar Al - Tahzib - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PERSATUAN BEKAS PELAJAR AL-TAHZIB