“Masalahnya begitu serius hinggakan ia mengancam pencapaian dalam perubatan moden," kata WHO dalam satu laporan yang diterbitkan Rabu lalu.
keupayaan untuk melawan jangkitan penyakit. Keadaan ini yang mungkin menyebabkan masalah kebal ubat yang lebih serius dalam tempoh terdekat.
Menurut laporan itu, jika perkembangan sekarang berterusan, jangkitan kecil yang dirawat kini mungkin tidak boleh diubati dan menyebabkan kematian.
Ancaman serius
“Tanpa tindakan bersepadu oleh pelbagai pihak dalam kadar segera, dunia sedang menuju ke ancaman antibiotik, apabila jangkitan biasa dan kecederaan kecil yang boleh dirawat sejak beberapa dekad lalu menjadi masalah kesihatan yang boleh membunuh," kata Penolong Ketua Pengarah Kesihatan Keselamatan WHO Keiji Fukuda.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !