Artikel Terkini :
.
Home » » Kedai makan 24 jam dan Piala Dunia

Kedai makan 24 jam dan Piala Dunia

Written By zabidi on Monday, 16 June 2014 | 22:30

Oleh V Shuman 

Jadi Piala Dunia telah bermula selepas menghilang empat tahun. Selain menjadikan peminat
bolasepak sebagai zombi dan setiap manusia di muka bumi sebagai penganalisa perlawanan, karnival sebulan in juga menyaksikan kedai makan membuat keuntungan, menyajikan pengunjung sehingga awal pagi.

Rakyat Malaysia sememangnya ketagih ke kedai mamak -- tabiat makan atau minum di restoran itu diperhatikan sepanjang masa.


Kita jangkakan kedai makan 24 jam akan dipenuhi penyokong bolasepak yang mengenakan jersi pasukan yang bertanding yang disokong masing-masing, pada jam 4 pagi di mana sepak mula dilakukan.

Restoran ini juga sudah siap memasang skrin saiz gergasi di luar premis mereka bagi menambat hati peminat bolasepak, sambil ada yang menawarkan “sarapan percuma” apabila gol pertama dijaringkan.

Adakah ini satu tabiat yang sihat?

Kita sedar rakyat Malaysia gemar makanan yang berat, seperti nasi kandar dan makanan segera, selepas tengah malam. Pengunjung yang menjamah sepinggan nasi dengan ayam goreng dan sambal sotong, sambil menikmati segelas teh tarik atau minuman berkarbonat sentiasa disaksikan di mana-mana selepas jam 2 pagi.

Ia akan menjadi lebih teruk bulan ini, sehingga wisel penamat untuk perlawanan akhir Piala Dunia edisi 2014 dibunyikan.

Tabiat kurang sihat ini merupakan satu sebab mengapa Malaysia mempunyai rakyat yang obes. Kita berada di kedudukan tertinggi di Asia Tenggara dan di kedudukan keenam di rantau Asia Pasifik.

Laporan menyebut bahawa kadar orang dewasa yang obes di negara ini telah melonjak daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 15.1 peratus pada 2011 -- iaitu lonjakan sebanyak tiga setengah kali ganda. Angka ini meletakkan 2.5 juta rakyat Malaysia sebagai obes atau dengan berat badan berlebihan.
Lebih membimbangkan, 38 peratus kanak-kanak juga diklasifikasi sebagai obes.

Pengunjung yang menjamu selera di pagi buta juga mungkin mengundang perompak yang mensasarkan premis kedai makanan bagi mencari mangsa.

Kita mungkin pernah terdengar kisah di mana mangsa didatangi perompak dengan bertopi keledar sambil mengacu parang. Mereka kemudian melarikan diri dengan pelbagai barangan yang dicuri dengan motorsikal.

Kepada perompak sebegini, kedai makan merupakan sasaran mudah di mana rakyat Malaysia membawa bersama mereka telepon pintar, laptop dan sebagainya. Di mana lagi hendak dicari barangan canggih sebegini pada malam-malam buta?

Kejadian seperti ini seringkali terjadi di Malaysia. Tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya, terdapat banyak kejadian di mana restoran 24 jam dikunjungi perompak, walaupun lengkap dengan kemudahan kamera TV litar tertutup.

Berdepan hakikat ini, mungkin lebih sesuai peminat bolasepak menonton perlawanan di rumah sahaja. Astro menyiarkan semua perlawanan secara langsung sementara perlawanan penting turut disiarkan Astro Arena yang dibekalkan secara percuma.

Jadi, apa tunggu lagi? Bancuh secawan kopi dan tunggu sahaja perlawanan di ruang tamu sendiri. Anda boleh jimatkan wang, menjaga kesihatan di samping melindungi keselamatan serta barangan.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Persatuan Bekas Pelajar Al - Tahzib - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PERSATUAN BEKAS PELAJAR AL-TAHZIB