Oleh DR MUHAMMAD ARIF MOHD HASHIM
UMAT Islam bukan sahaja perlu mencari rezeki daripada sumber dan pekerjaan yang dibenarkan
dalam Islam, malah kita juga perlu memastikan setiap makanan dan
minuman yang diambil itu tidak ‘jatuh’ dalam hukum haram. ALLAH SWT
menghalalkan sesuatu itu kerana ia baik untuk manusia. Sekiranya
diharamkan sesuatu itu kerana ia memudaratkan manusia.
Baru-baru ini apabila media menyiarkan berita mengenai dua produk
coklat yang dikatakan mengandungi DNA babi, masyarakat Islam di negara
ini gempar dan terkejut. Reaksi ini boleh kita faham kerana apa sahaja
produk makanan yang mengandungi daging babi atau bahan yang ada kaitan
dengan babi bukan sahaja tidak halal, bahkan najis. Isu ini sebenarnya
amat sensitif kepada umat Islam kerana berkait dengan hukum ALLAH SWT
yang melibatkan makanan halal dan haram.
Berhubung dengan
prinsip makanan halal ini, ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud:
"Diharamkan kamu memakan bangkai binatang, darah yang mengalir, semua
bahagian babi, binatang yang disembelih tetapi tidak menyebut nama
ALLAH dan binatang yang mati kerana tercekik, terpukul, terjatuh,
ditanduk, binatang yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat
disembelih jika masih kuat bernyawa.’’ (Surah al-Maidah, ayat tiga).
Dari segi hukum menurut perspektif Islam, semua jenis makanan di muka
bumi ini adalah halal dimakan kecuali beberapa jenis yang terang-terang
diharamkan oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Bagaimanapun, oleh kerana
industri makanan dikuasai orang bukan Islam, akan terjadi pengeluaran
dan pengedaran makanan tidak halal itu melimpah di pasaran dan
menenggelamkan makanan halal. Kemajuan pesat teknologi dalam pemprosesan
dan pengeluaran makanan menyebabkan makanan halal sentiasa terdedah
kepada pencemaran najis secara tidak disedari.
Terdapat
berbagai bentuk pencemaran makanan halal di pasaran, terutama dari
sudut kaedah penyediaan makanan halal yang meliputi kaedah
penyembelihan, sumber bahan mentah, sumber ramuan, pemprosesan,
pembungkusan, persekitaran dan sebagainya. Isu pencemaran makanan halal
dengan najis memberi kesan yang mendalam kepada pengguna Islam kerana
ia membabitkan kesucian agama Islam.
Mengikut hukum syarak,
cara pemprosesan atau membuatnya juga hendaklah dipastikan ia
dikendalikan dengan cara bersih, suci dan halal. Jika tidak, makanan
berkenaan yang pada mulanya bersumberkan bahan mentah halal akhirnya
boleh ‘jatuh’ ke dalam kategori makanan haram.
Bagi menjamin
kualiti makanan halal ini, pihak industri perlu mendapatkan pengesahan
halal yang dikeluarkan kerajaan dan tidak sewenang-wenangnya
menggunakan sebarang logo halal. Sebenarnya, umat Islam di negara ini
amat beruntung kerana pihak kerajaan terbabit secara langsung dalam
usaha meningkatkan kualiti dan pengawalan pencemaran makanan halal.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri
(Jain) mengamalkan prosedur pemeriksaan halal yang ketat bagi
menentukan pengeluaran makanan halal yang dikeluarkan di negara ini.
Jakim, Jain, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Kesihatan sebagai jentera
pengawalan pencemaran makanan halal sememangnya telah memperhebatkan
operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara meluas serta berterusan
bagi menentukan syarikat industri bersama pengusaha makanan halal
mematuhi piawaian halal yang telah ditetapkan.
Keperluan
produk halal juga boleh membawa kepada kesan kesedaran kepada
pengeluaran produk halal yang lebih meluas dan intensif. Maka umat
Islam seharusnya menyedari dan mengambil peluang ini, untuk berusaha
mengeluar dan membekalkan keperluan makanan halal sendiri.
Syarikat-syarikat Bumiputera, badan-badan koperasi dan badan-badan bukan
kerajaan Islam dan lain-lain, perlu melihat aspek makanan halal ini
sebagai ‘keperluan ummah’ dan terlibat secara langsung sebagai pengeluar
dan pengedar produk makanan halal. Apabila hal ini menjadi kenyataan,
umat Islam tidak perlu lagi menjadi pengguna makanan halal yang
diusahakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
* Penulis ialah Yang Dipertua Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS)
Home »
Bicara Islam
» Makanan halal untuk umat Islam
Makanan halal untuk umat Islam
Written By zabidi on Wednesday, 25 June 2014 | 09:43
Labels:
Bicara Islam
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !