Artikel Terkini :
.
Home » » Wanita kerja luar rumah undang perpecahan keluarga

Wanita kerja luar rumah undang perpecahan keluarga

Written By zabidi on Sunday, 15 June 2014 | 22:56

Oleh DANIEL HAFIZ HOFFMANN 

LONDON: Satu tinjauan mengenai kaum wanita yang bekerja di ibu kota London, mendapat reaksi
berbeza di kalangan para penyelidik berhubung isu pendidikan terhadap anak-anak yang ketiadaan ibu mereka semasa pulang dari sekolah dan akan berkeliaran di tempat-tempat awam tanpa pengawasan yang sewajarnya.

Fenomena wanita keluar bekerja dalam masyarakat Eropah bukanlah perkara baharu, ia telah berlangsung sejak beberapa dekad lalu yang seolah-olah membenarkan mereka membantu para suami bagi memperolehi pendapatan tambahan bagi menyara keluarga dengan lebih selesa.

Tinjauan itu menyatakan, bahawa sifat kewanitaan golongan Hawa ini sebenarnya bersesuaian hanya di rumah, kerana sifat lemah lembut mereka di luar rumah boleh mengundang pelbagai rentetan khususnya golongan lelaki yang ada penyakit dalam hati mereka cenderung untuk bertindak tidak baik ke atas mereka.

Dalam satu tinjauan terbaru di kota London khususnya, mendapati bahawa ramai di kalangan ibu-ibu muda yang keluar bekerja kerana ia menjadi tuntutan kehidupan, sedangkan dalam ajaran Kristian, pihak pendeta di gereja sering menekankan bahawa mereka adalah dilarang untuk berbuat demikian kerana macam-macam perkara yang tidak terduga boleh terjadi.

Kesan daripada mereka yang keluar bekerja tegas pendeta di gereja, mengakibatkan keruntuhan dan perpecahan keluarga kerana anak-anak akan jadi terbiar tanpa pengawasan dan pemantauan khususnya daripada ibu-ibu mereka yang bekerja, maka anak-anak yang semakin membesar merasakan bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja khususnya golongan remaja semasa ketiadaan ibu-ibu di rumah.

Tindakan itu dikecam hebat oleh ketua paderi di Gereja Canterberry, Dr Rowan Williams yang mengkritik keras golongan ibu-ibu dengan menyifatkan bahawa mereka sengaja mahu melihat anak-anak remaja mereka tidak berakhlak sebagai orang yang berpelajaran tinggi kerana suka bercampur secara bebas dengan pasangan masingmasing tanpa pengawasan ibu atau ayah mereka.

Tinjauan berkenaan telah dilakukan oleh dua tokoh akademik iaitu Lord Layard dan Prof Judy Dan yang bertindak mewakili Persatuan Pembelaan Anak-anak di bawah penyeliaan Majlis Gereja England, seperkara lagi yang mereka masukkan ialah aspek kebimbangan dalam tinjauan yang dijalankan, iaitu kecenderungan golongan remaja bawah umur yang gemar melayari internet di rumahrumah ketika ketiadaan ibu-ibu mereka yang sedang bekerja, satu pelayaran yang cukup membimbangkan kerana bebas memilih laman-laman web lucah tanpa batasan.

Menurut kedua-dua penyelidik berkenaan, laporan tinjauan akan diserahkan kepada Majlis Gereja dan seterus dibawa kepada pengetahuan kabinet yang akan bersidang tidak lama lagi, bagi mencari jalan terbaik agar golongan ibu terus tetap tinggal di rumah sebagai suri rumahtangga sepenuh masa bagi mengelak kejadian yang tidak diingini akan berlaku. – Wakalat
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. Persatuan Bekas Pelajar Al - Tahzib - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PERSATUAN BEKAS PELAJAR AL-TAHZIB