LONDON - BRITAIN. Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International menemui bom berangkai buatan Britain yang didakwa telah digunakan Arab Saudi dalam operasi ketenteraan di Yaman.
Ketua Kawalan Senjata Britain di bawah agensi itu, Oliver Sprague berkata, bom berangkai BL-755 tersebut ditemui penggembala warga tempatan di perkampungan terpencil di utara Sanaa.
“Bom berangkai adalah salah satu daripada senjata paling berbahaya dalam sejarah peperangan dan ia telah diharamkan di lebih 100 negara sejak 1980-an,” katanya. - Press TV
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !