KESEDIHAN apabila berjauhan dengan keluarga tersayang membuatkan hati
menjadi sepi dan kesunyian. Namun, atas nama menyambut perjuangan
memerangi pandemik Covid-19, berlaku perpisahan sementara seorang anak
dari ibu bapa atau terpisahnya seorang isteri berjauhan dengan suami
tercinta. Apatah lagi pengorbanan daripada menziarahi keluarga tersayang
sempena perayaan penuh warna emosi di Hari Raya Aidilfitri. Terkenang
pelbagai memori indah dari zaman kecil hingga kanak-kanak meraikan
bersama sanak-saudara. Gelak ketawa ketika berkumpul berkongsi cerita.
Di
luar sana sedang berpanas serta berhujan para pejuang barisan hadapan
daripada kalangan penjawat awam juga swasta yang terus berkorban bagi
memastikan terputusnya rantaian Covid-19 demi kita dan negara. Ada dalam
kalangan mereka juga terpisah berbulan lama daripada keluarga.
Pandanglah mereka sebagai insan, pasti kita juga akan menghitung
kesyukuran.
Merayakan
Aidilfitri pada tahun 2020 ini memberi makna emosi bercampur baur sedih
serta sunyi berbeza bagi kebanyakan kita. Maka, kesunyian dan kesedihan
perlu diurus bagi memastikan kestabilan perasaan berfungsi. Setiap
daripada kita pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza.
Apa yang
seseorang hadapi, mungkin tidak pernah dan tidak akan dihadapi oleh
insan lain. Dalam ujian Covid-19 ini ada ujian lain bagi insan
berlainan. Kenapa pula?
Ilmu
psikologi dari perspektif terapi tingkah laku kognitif (CBT) menyatakan
kesedihan adalah emosi yang berkaitan dengan kekurangan peneguhan
positif. Teori emosi oleh James-Lange yang dikembangkan oleh William
James dan Carl Lange menerangkan emosi adalah hasil reaksi fisiologi
terhadap rangsangan luaran. Dalam konteks ini, kesedihan menyambut
Aidilfitri bersendirian dalam kesedihan menyumbang faktor luaran
terhadap kerinduan kepada ibu bapa, keluarga, kampung halaman juga
suasana berhari raya.
Allah sudah beritahu bahawa kita semua pasti
akan diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Allah sebutkan di dalam Al
Quran ; "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." (Surah al-Baqarah, ayat 286)
Dalam
keheningan Syawal, tidak mengapa kesedihan dan kesunyian menyapa, tetapi
kita yang memilih bagaimana menguruskan kedua-duanya. Ujian tidak akan
menghina atau memuliakan kita, tetapi reaksi atau tindak balas kita
terhadap ujian itu yang memuliakan atau menghinakan kita. Orang sabar
dan syukur menjadi mulia lalu mereka berjaya. Mereka yang berputus asa
dan takbur, mereka gagal terhina.
Hati yang tenang akan bersyukur
apabila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela memberi
maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan
rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik
dengan Allah dan manusia. Semoga Aidilfitri kali ini menjadikan kita
sebagai insan yang tabah menghadapi setiap ujian melanda dengan
keyakinan penuh bahawa Allah tidak pernah mempersiakan kita sebagai
hamba-Nya.
Penulis adalah Pegawai Psikologi Kanan Jabatan
Perkhidmatan Awam dan AJK Tugas-Tugas Khas Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah
Wal Jamaah (Islami)
Home »
Bicara Islam
» Covid-19: Melurus kesedihan di Aidilfitri
Covid-19: Melurus kesedihan di Aidilfitri
Written By zabidi on Monday, 1 June 2020 | 18:19
Labels:
Bicara Islam
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !